Selamat Datang Ke Blog Saya, G's Small Zone...
Setiap manusia di alam maya ini mengingini dan mengimpikan kehidupan yang sentiasa sihat, cantik dan ceria.
Apa yang penting kita perlu selalu berfikiran positif dan berkawan juga dengan orang-orang yang positif.
Hidup ini lebih bermakna jika kita tahu cara yang benar iaitu berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tidak semestinya perlu sentiasa mengadapnya tetapi tahu waktu yang sesuai, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan Illahi. Saya yakin pasti boleh berjaya. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tapi kita selalu ingat apa yang orang lain miliki. Rugikan jadi orang macam ini..
Sebenarnya saya masih baru dalam dunia blog ni, dan ini juga adalah tulisan saya yang pertama. Pada mulanya saya takut-takut untuk memulakan blog ni, tapi saya beranikan diri dan rupa-rupanya semakin berani dan banyak perkara yang kita cuba, semakin banyak teknik dan skill yang kita dapat. Itulah pentingnya pengalaman dalam kehidupan. Pengalaman ini bukan sekadar berapa usia seseorang tetapi berapa luas tindakan seseorang itu untuk mencuba.
No comments:
Post a Comment